Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, November 26, 2008

Meeting: Reactivation of MAK

Dato'/Datin/Tuan/ Puan/Saudara/ Saudari,

Assalamu`alaikum dan selamat sejahtera semua. Terlebih dahulu, saya sebagai wakil persatuan MAK (yang telah dibekukan) mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi maklumbalas berkenaan dengan keaktifan semula persatuan ini. Dengan ini, anda semua yang merupakan bekas ahli dan bakal ahli persatuan dijemput datang ke mesyuarat MAK untuk membincangkan lebih terperinci berkenaan usul tersebut. Butiran mesyuarat adalah seperti dibawah.

Tempat : Dewan Serbaguna Kedutaan Malaysia.
Hari : Khamis, 27/11/08
Waktu : 7.30 Malam

Bersama-sama ini dilampirkan perlembagaan persatuan untuk rujukan semua. Kehadiran anda mencerminkan sokongan anda terhadap masa depan persatuan ini.

Yang benar,
AZELI BIN AZALAN
Telefon: 97683490
_________________________________________________________

Dear Dato'/Datin/Ladies/ Gentlemen,

Assalamu`alaikum and good day. On behalf of MAK (Frozen), I would like to thank everybody who have given the responses regarding the reactivation of MAK. You are cordially invited to a meeting to discuss the reactivation of our association. The details of the meeting are as below.

Venue : Multi Purpose Hall Malaysian Embassy.
Day : Thursday, 27/11/08
Time : 7.30 PM

Attached herewith is the association's constitution for your reference. Your attendance makes the difference.

Best regards,
AZELI BIN AZALAN
Phone: 97683490

Tuesday, November 25, 2008

Lunch Invitation - Majlis Santapan Tengah Hari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan-tuan & Puan-puan,

Bagi pihak Istana Negara, Kedutaan Besar Malaysia dengan hormatnya ingin menjemput semua warganegara Malaysia dan pasangan yang berada di Kuwait untuk Majlis Santapan Tengah Hari bersama Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Nur Zahirah, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Butir-butir Majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 1 Disember 2008
Hari : Isnin
Tempat : Diamond Ballroom Sheraton Hotel
Pakaian Lelaki: Lounge Suit
Pakaian Perempuan : Baju Kurung/ Kebaya Labuh


Sebagai persedian kepada ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, tuan-tuan dan puan-puan adalah dipohon untuk tiba di Diamond Ballroom, 45 minit sebelum ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Untuk kemudahan tuan-tuan dan puan-puan, pihak Kedutan sedang mengusahakan tempat di Sheraton Hotel bagi menempatkan anak-anak. Maklumat lanjut mengenai perkara ini akan diberitahu kelak. Aturcara majlis adalah seperti berikut:-

Aturcara Majlis Tentatif
11.15 am : Ketibaan Rakyat Malaysia
12.00 pm : Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong
12.15 pm : Program makan tengah hari
1.15 pm : Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis
1.20 pm : Majlis bersurai


Tuan-tuan dan puan-puan juga dipohon untuk memaklumkan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 28 November 2008 kepada YM Raja Nor Zaharah Raja Idris Shah (67046693) atau kepada Encik Zufli Che Seman (99434012). Kerjamasa tuan-tuan dan puan-puan adalah amat dihargai. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan memeriahkan dan memberkati lagi majlis ini. Sekian, terima kasih.

Salam mesra,
FAIRUZ ADLI MOHD ROZALI
Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia Kuwait

Wednesday, December 5, 2007

MAK Football Friendly Match - Students vs The Rest of MAK

To all fellow Malaysian/MAK members,
You are invited to join or watch the football match as follows:

Match : Students vs The rest of MAK members
Date : 7/12/2007
Time : 7.30am - 9.30 am
Venue : Kuwait University Football field


Sunday, April 22, 2007

Treasure Hunt 2007



Hidden treasure to hunt on 18 May 2007

Saturday, April 14, 2007

2007AGM


Adik-adik pelajar kita tersenyum. Sebenarnya susah juga untuk control senyum sambil mengunyah...









Lazri, Federa, Che Mat, Hazmi, Hizam & Jasmin berdebar-debar untuk dicalonkan...
Adakah undi SMS dibenarkan?






Sebahagian pemegang saham tersenyum mendengar "dividen" yang bakal diumumkan...

Lihat sahaja size beg atau kilauan di atas meja





The 6th MAK Annual General Meeting (AGM) has been successfully held on the 6th April 2007. For your information, below are the names of the newly elected MAK Committee Members for 2007/08 :-
President : En. Tuan Zaid Tuan Muda
Vice President : En. Mohamad Sukri Husin
Secretary : Puan Zarinah Yassin
Treasurer : YA
Malaysian Embassy Rep. : En. Fairuz Adli Mohd Rozali
PERWAKILAN Rep. : Puan Azlina Mohd Mokhtar
Students Rep. : To be named
Auditors : (1) EA (2) Puan Nor Azmelia Abdul Mutalib

Monday, April 9, 2007

Family Day

It's not a matter of winning or losing. It's how we built the relationship.